Mukaddimah

Blog ini dibangunkan untuk memaparkan maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Sekolah Menengah Sains Terengganu Sesi 1979/1980. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kumpulan tutorial. Mereka terdiri daripada pelajar yang dilahirkan pada tahun 1960 (bersara wajib pada tahun 2020) dan 1961 (bersara wajib pada tahun 2021). Sebahagian besar daripada mereka telah menjawat jawatan penting dalam negara. Sembilan orang daripada mereka (lapan lelaki dan 1 perempuan) telah kembali ke rahmatullah.