Mukaddimah

Blog ini dibangunkan untuk memaparkan maklumat terkini dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Sekolah Menengah Sains Terengganu Sesi 1979/1980. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kumpulan tutorial. Mereka terdiri daripada pelajar yang dilahirkan pada tahun 1960 (bersara wajib pada tahun 2020) dan 1961 (bersara wajib pada tahun 2021). Sebahagian besar daripada mereka telah menjawat jawatan penting dalam negara. Sembilan orang daripada mereka (lapan lelaki dan 1 perempuan) telah kembali ke rahmatullah.

Majlis Kenduri Kesyukuran Sharifah Esah

31 Julai 2022, Ahad : Aku dan ahli Group Matrik UKM SMST 79/80 menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran kawan sekolah, Sharifah Esah di Laman Pengantin, Kampung Cengal Lempung, Balok, Kuantan, Pahang Darul Makmur. 

Kenduri Kesyukuran Cikgu Rusdi

15 Julai 2022 (Jumaat) : Aku serta isteri, Ashri dan Mahsuri serta suami, menghadiri Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan Cikgu Rusdi di Machang, Kelantan.